loading...

Tony Eusoff Dipenjara Di Singapura Miliki Dadah

KUALA LUMPUR – Pelakon Tony Eusoff di jatuhi hukuman lapan bulan oleh Mahkamah Singapura hari ini kerana memiliki dadah.

 

Tony, 38, atau nama sebenarnya Anthony Joseph Anak Hermas Rajiman dihadapkan ke mahkamah pada 31 Mac lalu dan didakwa memiliki dadah terkawal Kelas A di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.

 

Tony dipercayai memiliki satu paket yang mengandungi tidak kurang daripada 4.56 gram bahan sayuran yang telah dianalisis dan didapati mengandungi kesan ganja, memetik laporan Bernama.

 

Beliau didakwa memiliki dadah tersebut di balai ketibaan bas Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Tuas pada 12 Mac lalu.

 

Previous
Next Post »
loading...