loading...

Banjir Di Amerika Selatan Semakin Buruk

BEUNOSAIRES – Sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam kejadian banjir di beberapa negara Amerika Selatan sekali gus memaksa beribu-ribu penduduk berpindah ke kawasan yang lebih selamat kerana cuaca lebih buruk diramal berterusan.

 

Kawasan Argentina, Chile dan Uruguay yang terjejas akibat banjir itu turut menyaksikan bandar tenggelam, jambatan rosak, jalan raya terhalang dan bekalan air terputus sejak beberapa hari lalu lapor AFP.

 

Sehubungan itu, di Uruguay, cuaca buruk mencetuskan taufan pada Jumaat lalu dan meragut nyawa lima mangsa di Dolores.

 

Menurut pihak berkuasanya, lebih 10,000 orang dipindahkan di Uruguay yang kebiasaannya mempunyai iklim sederhana.

 

Sementara itu di Chile, tiga orang maut dan sembilan mangsa masih hilang selepas hujan lebat melanda negara itu, sepanjang hujung minggu lalu.

Previous
Next Post »
loading...