Kuala Lumpur – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak kisah sesiapa sahaja menjadi perdana menteri selepas ini termasuk dibawah pemerintahan parti DAP.
Beliau berkata demikian selepas ditanya siapakah yang bakal menjadi perdana menteri selepas ini.
Kita akan mengadakan pilihanraya yang bebas dari penipuan. Takkan kita nak kata DAP tak boleh nak bertanding kalau rakyat suka itu hak mereka.
“Najib ada tak guna, dia (Najib) telah merosakkan jentera parti ini. Semuanya telah dilumpuhkan oleh Najib.”katanya.
Katanya, mereka bergerak kerana Najib melumpuhkan sistem kerajaan.
“Jadi kita sekarang mengadakan gerakan rakyat supaya hak itu akan digerakkan,”katanya.
Terdahulu menerusi deklarasi rakyat, beliau menyatakan kebimbangan terhadap keadaan politik, ekonomi dan sosial dalam negara.
Menurutnya, beliau ingin menarik perhatian rakyat Malaysia terhadap kerosakan yang telah dilakukan kepada negara di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib.- SuaraTV