loading...

Tidak Salah Gunakan ‘Ayat Ruqyah’ Dalam Produk-Izham Nayan

KUALA LUMPUR:Pengarah Latihan  Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dr. Izham Nayan menegaskan bahawa pihaknya bersetuju terhadap penjualan produk yang menggunakan ‘ayat Ruqyah’ dan ‘Makanan Sunnah’ sebagai pemangkin kepada produk tersebut.

 

“kita di PPIM sebenarnya suka benda ini, tak ada salah apa.Tidak masuk seteguk air dalam mulut orang islam jika tidak ditapis dengan Bismillah.” katanya ketika ditemui oleh wartawan tadi.

 

Hal ini ekoran daripada tindakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melarang pengguna elemen ini dari penjualan produk setelah banyak syarikat menggunakan ia sebagai pelan pemasaran kerana dikhuatiri mengundang penipuan.

 

Namun bagi PPIM, elemen ini boleh digunakan oleh semua orang tanpa mengira agama.

 

“”Bagi kita, apa yang baik untuk muslim adalah baik untuk semua orang, Alquran itu bukan untuk orang Islam sahaja tapi untuk semua.

 

“Walaupun kita baca rukyah, kita baca Yassin, atau Alquran, kalau bukan islam nak minum pun apa salahnya.” katanya.

 

hal ini menjadi satu kesalahan sekiranya syarikat mengenakan bayaran yang berlebihan kepada produk berkenaan.

 

“Yang menjadi masalah apabila dia ‘overclaim’ kot, sekiranya air kosong sahaja dijual adalah tidak wajar.

 

“Seumpama air kosong yang dijual, tapi ayat rukyah dan sebagainya ini yang melebih produk pengguna ini.” katanya.

 

Previous
Next Post »
loading...