loading...

Hina Agong: NGO Pulau Pinang Gesa PDRM Siasat Malaysiakini

GEORGETOWN – Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di Pulau Pinang menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap portal pro pembangkang Malaysiakini kerana di dakwa menghina Yang Dipertuan Agong.

 

Menurut Setiausaha Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, Muhsin Abdul Latheef artikel yang dikeluarkan portal tersebut secara jelas berniat untuk memperlekehkan institusi Raja-Raja Melayu.

 

“Penghinaan Malaysiakini terhadap Yang di Pertuan Agong melalui artikel ‘Kerajaan Sediakan Titak Agong Kata Kit Siang’ adalah satu penghinaan secara tepat ke wajah Seri Paduka Baginda .

 

“Kenyataan Kit Siang dan Mat Sabu di dalam artikel tersebut jelas mempunyai niat dan motif bersama untuk memperlekehkan institusi Yang Dipertuan Agong dengan mengeluarkan kenyataanyang membawa maksud secara terus atau secara inuendo (sindiran)” katanya kepada SuaraTV sejurus selepas membuat laporan polis di sini lewat malam tadi.

 

Terdahulu portal tersebut memetik kenyataan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang dipetik berkata titah ucapan Tuanku Abdul Halim ketika merasmikan pembukaan sidang parlimen keempat penggal ke-13 di Kuala Lumpur hari ini hanya membacakan ucapan yang disediakan oleh kerajaan.

 

Menurut Muhsin lagi artikel yag dikeluarkan portal tersebut boleh menyebabkan orang awam terkeliru sekaligus menyebabkan institusi Di Raja itu dipandang serong.

 

“Bahawa Yang Dipertuan Agong hanyalah ibarat burung kakak tua yang hanya tahu mengajuk suara akan tetapi tidak memahami maksud suara yang diajukan.

 

“Bahawa Yang Dipertuan Agong adalah satu institusi yang lemah yang hanya mampu membacakan saja teks yang disediakan kerajaan tanpa ada pemikiran baginda sendiri yang dimasukkan dalam ucapan berkenaan” ujarnya lagi – SuaraTV

 

 

Previous
Next Post »
loading...