loading...

Tidak Hadir Deklarasi Rakyat, Wan Azizah Elak Jadi Kuda Tunggangan

Kuala Lumpur – Ketua Pembangkang, Wan Azizah Wan Ismail tidak mengambil bahagian dalam kempen ‘anti-Najib’ kerana mahu memastikan pemimpin pembangkang tidak dijadikan ‘kuda tunggangan’.

 

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata Wan Azizah juga tidak terlibat supaya beliau boleh kekal memegang kawalan mutlak dalam Majlis Presiden kelak.

 

“Ini adalah cara yang baik untuk memastikan semak dan imbang (check and balance).

 

“Ia juga bagi memastikan tiada perkara yang berlaku di luar kawalan dan sebagai ingatan bahawa pemimpin-pemimpin Pakatan tidak boleh digunakan sebagai ‘kuda tunggangan’,” katanya kepada pemberita selepas sidang media ‘anti-Najib’ hari ini.

 

Rafizi menyatakan ia juga antara sebab Wan Azizah tidak hadir ke majlis menandatangani ‘Deklarasi Rakyat’, yang dipimpini bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamed.

 

Rafizi juga percaya matlamat deklarasi itu masih boleh dicapai walaupun tanpa dihadiri Anwar Ibrahim.

Previous
Next Post »
loading...