loading...

PMSP Gesa Tangkap Dr Mahathir

PETALING JAYA – “Kami mahu Dr Mahathir ditangkap bukan Datuk Seri Najib. Biar dia (Mahathir) ditahan sehingga 14 hari dipukul sehingga tercabut gigi kerana cuba gulingkan perdana menteri,” kata Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao.

 

Beliau berkata demikian sejurus menggesa polis menyiasat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan yang berbaur hasutan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Jumaat lalu.

 

Menurut Timbalan Presiden PMSP, Zakwan Hafiz Ahmad Ansari mendakwa Tun Mahathir dipercayai telah mengeluarkan kenyataan untuk menggulingkan perdana menteri.

 

“Kami menggesa pihak polis jalankan siasatan terhadap ‘Deklarasi Rakyat’ Jumaat lalu.

 

“Tindakan perlu diambil berpandukan undang-undang sedia ada jika berlaku kesalahan pada majlis berkenaan,” katanya ditemui sejurus selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, sebentar tadi.

 

Sementara itu, Ramesh turut mendedahkan terdapat cubaan daripada beberapa individu untuk menghasut orang ramai menyertai perhimpunan bagi mendesak Najib meletak jawatan di ibu negara pada 27 Mac ini.

 

“Kami terima maklumat bahawa terdapat kumpulan yang telah dibayar untuk desak Najib letak jawatan. Saya tahu siapa yang nak bagi imbuhan dan siapa yang nak bagi dana untuk perhimpunan itu.

 

“Mereka akan huru harakan negara dan kami minta pihak polis bersedia serta ambil tindakan segera,” katanya.

 

Beliau berkata, pihaknya juga mahu Muhyiddin disiasat kerana mendakwa mempunyai bukti berkaitan salah laku Najib.

 

Katanya, Muhyiddin telah buat kenyataan berbaur hasutan sehingga menyebabkan kecelaruan kepada masyarakat.

 

Jumaat lalu, Tun Mahathir memeterai deklarasi menyokong penyingkiran Najib sebagai perdana menteri bersama lebih 50 orang pemimpin pembangkang, termasuk Lim Kit Siang.-SuaraTV

 

Previous
Next Post »
loading...