loading...

MP DAP Enggan Ulas Pelantikan Dalam GLC Pulau Pinang

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook enggan mengulas lanjut mengenai pelantikan beliau selaku Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bukit Bendera (PHC).

 

“Saya tidak mahu komen, saya dah keluarkan kenyataan”, katanya ringkas di lobi Parlimen.

 

Pada Ahad lalu, Loke mempertahankan lantikan beliau selaku ahli lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan yang dibuat pihak kerajaan negeri Pulau Pinang, lapor sebuah akhbar.

 

Loke yang dipetik akhbar itu menjelaskan beliau layak untuk menerima jawatan itu kerana mewakili DAP dalam mengetengahkan soal pelancongan dan kebudayaan di Parlimen.

 

Pelantikan Loke dipersoal oleh kepimpinan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang antaranya ADUN Pulau Betong, Datuk Farid Saad yang menyifatkan ianya amalan kronisme dalam Pakatan Harapan.

 

Loke dilantik ke jawatan itu oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng bagi mengisi kekosongan ekoran pemecatan ADUN Kebun Bunga Cheah Kah Ping (PKR) dari jawatan tersebut.

 

Media sebelum ini melaporkan, tindakan Guan Eng itu berikutan Kah Ping dan empat lagi ADUN DAP bersikap berkecuali dalam usul yang dikemukakan ADUN BN berkaitan isu tambak laut.

Previous
Next Post »
loading...