loading...

Rohana Jalil Didakwa Ratu Botox Mulut Jahat, Busuk Hati

KUALA LUMPUR – Penyanyi era 90an, Tushee didakwa mengamuk dengan penyanyi popular era 80an, Rohana Jalil.

 

Menerusi status yang dimuat naik penyanyi itu di Facebooknya, walaupun tidak menyebutkan nama ibu kepada pelakon bibir seksi, Kilafairy itu, namun dia ada menyebut tajuk lagu yang pernah dipopularkan Rohana berjudul Rayuanku.

 

Status yang ditulis Tushee yang popular dengan lagu ‘Amboi-amboi malu’ itu memang sangat marah dengan Rohana Jalil yang disifatkan sebagai penyanyi bermulut jahat.

 

Daripada komen yang ditulisnya menerusi entri yang dimuat naik tersebut mendakwa penyanyi era 80an itu digambarkan sebagai ratu cucuk collagen, jarum seluruh muka yang bermulut jahat, busuk hati, suka menghasut dan gemar menyebabkan artis lain bergaduh.

 

Menurut Tushee, Rohana juga dikatakan telah bertindak memalukannya di hadapan orang ramai di sebuah majlis perkahwinan. Selain itu Tushee juga mengatakan dia sudah lama bersabar dengan Rohana yang suka menghasut rakan-rakan lain supaya membencinya.

 

Bagaimanapun ramai yang menyuruh Tushee bersabar. Malah, pelakon dan penyanyi Jaafar Onn turut meminta dia (Tushee) bersabar dengan apa yang telah berlaku.

Previous
Next Post »
loading...