Kuala Lumpur – Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menyifatkan mereka yang mengkritik tindakannya bekerjasama dengan DAP sebagai keparat.
Melalui ‘printscreen’ yang dikirimkan kepada SuaraTV, Ibrahim dilihat marah dengan tindakan ahli-ahli Perkasa mempertikaikan semangat perjuangan Melayu yang ada dalam dirinya.
“Hai Keparat… aku dah masuk ISA kerana Melayu… pui” katanya memetik ‘printscreen’ perbualan di dalam group tersebut sebelum bertindak keluar dari ‘group’ Whatsap’ perbualan itu.
Salah seorang ahli Perkasa, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail sebelum ini menyifatkan tindakan Ibrahim bersekongkol dengan DAP itu sebagai kerjasama katak bersama babi.
“Katak dengan babi dah berkawan baik” bidas Syed Rosli.
Sementara itu salah seorang ahli di dalam ‘group whatsapp” tersebut menyifatkan tindakan Ibrahim itu sebagai lupa dan nyanyuk.
“Mungkin pak Ibrahim lupa, nyanyuk kot… lupa yang dia Melayu… DAP berjaya baruakan Pak Ibrahim dan 22 tahun (Tun Mahathir)… dimana pendirian Melayu sejati” kata ahli Perkasa itu.
SuaraTV masih berusaha untuk menghubungi Ibrahim bagi mendapatkan maklumbalas berhubung insiden tersebut.
Terdahulu Perkasa negeri Kedah dikatakan terkubur apabila majoriti pimpinan negeri dan kawasan parlimen mengumumkan meletakkan jawatan secara beramai-ramai.
Menurut Yang Dipertua Perkasa Kedah, Datuk Mohd Yusuf Ismail keputusan itu diambil ekoran tindakan bekas ahli parlimen Pasir Mas selaku Presiden yang tersasar dari matlamat asal penubuhannya. – SuaraTV