loading...

Cuaca Panas Dan Kemarau Selepas Fenomena Gerhana Matahari

KUALA LUMPUR –  Selepas fenomena gerhana matahari separa pagi kelmarin, aplikasi WhatsApp kini dihujani perkongsian meminta orang ramai bersiap sedia terhadap cuaca panas dan kemarau yang bakal berlaku sepanjang enam bulan ini.

 

Menurut pensyarah Kanan Fakulti Geoinformasi dan Hartanah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Othman Zainon mengakui akan berlakunya kemarau sepanjang enam bulan ini.

 

Beliau berkata, purata bacaan suhu cuaca di negara ini 32 dan 33 darjah Celsius dan dijangka meningkat sehingga 35 darjah Celsius atau lebih selepas fenomena gerhana semalam.

 

Katanya, tarikan graviti bulan dan matahari pada permukaan laut yang berlaku semasa fenomena gerhana matahari akan menyebabkan suhu meningkat.

 

“Ia dijangka mengakibatkan kemarau dalam tempoh empat hingga enam bulan akan datang di negara ini yang turut disumbangkan oleh fenomena El-Nino ketika ini,” katanya memetik laporan Kosmo.

 

Sementara itu, kajian sekumpulan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Geomatik UTM sewaktu gerhana matahari semalam turut mendapati cuaca panas ketika ini berkait rapat dengan tiupan angin yang berhenti ketika gerhana tersebut berlaku.

 

Sehubungan itu, kemarau yang disebabkan oleh gerhana matahari sebenarnya pernah berlaku pada tahun 1995 dan negara mengalami cuaca panas yang panjang pada ketika itu.

 

Keadaan cuaca panas sekarang juga berikutan pertembungan fenomena gerhana matahari separa dan El-Nino.

 

Previous
Next Post »
loading...