loading...

Pesawat Mendarat Cemas, Penumpang Cuba Buka Pintu

PARIS – Seorang penumpang warga Britain yang mabuk cuba membuka pintu pesawat pada ketinggian 9,144 meter, memaksa ia melakukan pendaratan cemas di Perancis.

 

Pesawat Airbus A320 easyJet itu dalam penerbangan dari Marrakech, Maghribi ke Gatwick di London, pada Isnin apabila terpaksa melencong ke Perancis, 1,046 kilometer dari destinasi akhir dan mendarat di Bordeaux, selepas seorang lelaki mabuk cuba membuka pintu pesawat, mencetuskan panik dalam kapal terbang itu, lapor Daily Mirror.

 

Lelaki berkenaan dipercayai dalam lingkungan usia 30-an.

 

Saksi berkata, beliau menjadi semakin kasar selepas pesawat berlepas, bangun dari kerusi dan berjalan-jalan dalam kapal terbang.

 

Apabila kekasihnya cuba campur tangan, beliau menolak wanita itu.

 

Menurut saksi, lelaki berkenaan cuba membuka pintu kecemasan pesawat ketika penumpang yang ketakutan cuba menghalangnya.

 

Selepas mendarat di Lapangan Terbang Bordeaux-Merignac, polis Perancis bergegas memasuki kapal terbang dan menangkapnya. – Agensi

Previous
Next Post »
loading...