loading...

Eizlan Yusof Belum Terbuka Hati Kahwin Lagi

Sejak bercerai dengan bekas isterinya, Vie Santie Harun, 30, Datuk Eizlan Yusof, 45, berkata dia ingin terus melupakan kisah pahit penceraian yang dilaluinya sejak setahun lalu, dan kini memberi fokus sepenuhnya kepada kerjaya sebagai pelakon dan ahli perniagaan.

 

Baginya, tiada apa yang penting selain terus berjaya dan melihat anak-anaknya, Vie Zaara, 8, Zareef Yusof, 6, dan Vie Zaalia, 3, membesar dengan sempurna meskipun dia memikul status duda.

 

Saya sedang cuba menyibukkan diri dan membuat pelbagai kerja. Jadi dengan kesibukan itu, saya tidaklah terfikir sangat tentang kesunyian. Jika mempunyai masa terluang, saya akan bersama dengan anak-anak pula. Lagipun, saya tidak mahu lagi menoleh ke belakang dan menyerah segalanya kepada ketentuan Ilahi,” katanya seperti yang dilaporkan Kosmo!

 

Dalam pada itu Eizlan mendedahkan sejak bergelar bapa tunggal dia ada didekati beberapa wanita namun buat masa ini dia belum terbuka hati untuk kembali bergelar suami.

 

“Saya membuat keputusan untuk meneruskan kehidupan seperti biasa. Memang tidak dinafikan, ada perempuan yang cuba mendekati saya tetapi buat masa ini biarlah saya menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjaya sambil membesarkan anak-anak,” katanya.

 

Perkembangan lain, Eizlan juga kini sedang menyambung pengajian pada peringkat doktor falsafah (PhD) dalam bidang pengurusan di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Previous
Next Post »
loading...