loading...

Sudah Tiba Masa OSA Dikaji Semula

KUALA LUMPUR – Sudah tiba masanya Jabatan Peguam Negara mengkaji semula beberapa peruntukan hukuman di dalam Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

 

Jelas Azalina, perkara ini perlu dilakukan selaras dengan perkembangan semasa penyebaran maklumat dalam dunia tanpa sempadan dan mengelakkan kebocoran dokumen kerajaan berlaku.

 

“Apa-apa cadangan pindaan kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 adalah tertakluk kepada keputusan dasar yang diputuskan oleh pihak eksekutif.

 

“Kebiasaannya peruntukan dalam suatu undang-undang akan dikaji apabila mencapai suatu tempoh masa tertentu.

 

“Dalam hal ini, Jabatan Peguam Negara sudah tiba masanya peruntukan berkenaan hukuman dalam Akta Rahsia Rasmi 1972 dikaji semula selaras dengan perkembangan semasa penyebaran maklumat dalam dunia tanpa sempadan, serta kekerapan berlakunya ketirisan rahsia Kerajaan pada masa kini,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

 

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen BN-Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim yang meminta Najib menyatakan status kajian semula Akta OSA yang bertujuan untuk memastikan kerahsiaan maklumat kerajaan dipelihara serta bilakah ia dijangka akan dibentangkan di Parlimen.

Previous
Next Post »
loading...