loading...

Ditangguhkan Untuk Elak Keadaan Tidak Harmoni

NILAI: Selepas kekecewaan Pedebat terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak dapat menghadiri satu program di Universiti Sains Islam Malaysia, pihak universiti telah membuat kenyataan rasmi bagi memberi menjawab respond oleh pedebat terbaik itu.

 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Naib Canselor Haal Ehwal Murid dan Alumni, Prof Dato’ Dr Hassan Basri Awang, penganjuran program ini ditangguhkan atas pertimbangan untuk mengelakkan wujud keadaan tidak harmoni di dalam kampus berdasarkan perkembangan semasa sekiranya ia diteruskan.

 

Katanya lagi, universiti mempunyai pertimbangan dan asas yang wajar apabila tindakan ini diambil dan berharap setiap pihak menghormati keputusaan tersebut.

 

Beliau turut menekankan bahawa pihak universiti tidak menyekat mana-mana pihak luar sebarang penganjuran program berbentuk akademik di kampus tetapi ia masih tertakluk kepada budibicara Universiti.

 

Pihak universiti sentiasa terbuka menerima teguran, pandangan dan cadangan tetapi perlu dibuat menerusi saluran yang betul serta memahami fungsi universiti sebagai badan berkanun kerajaan.

 

Terdahulu Program berjudul ‘Talk On Role of Youth” Regarding World Crisis yang dianjurkan oleh Fakulti Syariah dan undang-undang yang sepatutnya dihadiri oleh pedebat terbaik asia itu telah ditangguhkan.

 

Previous
Next Post »
loading...