loading...

Anak Najib Tidak Paksa Zouk Henti Persembahan

KUALA LUMPUR – Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor menafikan dakwaan kononya Norashman Najib memaksa Zouk Singapura atau deejay memberhentikan persembahan.

 

Menceritakan mengenai kejadian tersebut, Rizal berkata, anak perdana menteri itu hanya membuat persembahan selepas deejay jemputan tersebut tamat sesi persembahan.

 

“Bagaimanapun berlaku sedikit salah faham antara pihak pengurusan Zouk dengan deejay jemputan tersebut mengenai masa mula dan tamat persembahan.

 

“Salah faham itu adalah antara pengurusan Zouk dengan deejay jemputan mereka dan tidak ada kena mengena dengan Ashman.

 

“Berita yang mengatakan bahawa Ashman memaksa pihak Zouk atau DJ memberhentikan persembahan adalah tidak benar sama sekali,” katanya menerusi status yang dimuat naik di Facebook miliknya.

 

Rizal berkata, Ashman tidak pernah meminta untuk membuat persembahan dan beliau hanya datang atas jemputan yang dibuat oleh pihak pengurusan Zouk bagi membuat persembahan penutup.

 

“Mana mungkin Ashman boleh memaksa sesiapa,” katanya.

 

Sebelum ini, Zouk Singapura didakwa menghentikan set (senarai) lagu pilihan deejay Mesir yang terkenal Aly dan Fila supaya set lagu anak Perdana Menteri, Norashman dapat dimainkan.

Previous
Next Post »
loading...