loading...

1,000 Solat Gerhana Matahari Di Masjid Negara

KUALA LUMPUR: Lebih 1,000 umat Islam menunaikan solat gerhana matahari (Al-kusuf) di Masjid Negara, di sini sebentar tadi.

 

Solat sunat itu diimamkan Imam Masjid Negara, Amru Al Haz Adnan.

 

Turut mengerjakan solat itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Ketua Unit Penyelarasan Dakwah dan Ibadat Masjid Negara, Mohd Hafiz Ab Aziz, berkata solat itu sama seperti solat sunat Aidilfitri kerana disusuli khutbah.

 

“Kita menganjurkan solat gerhana ini bagi memberi peluang umat Islam negara ini untuk solat berjemaah dan bersama-sama mengagumi kekuasaan Allah dengan mengatur alam semesta, ” katanya ketika ditemui selepas solat berkenaan.

 

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) berkata, ia adalah satu-satunya fenomena gerhana matahari separa yang akan dapat disaksikan di Malaysia pada tahun ini atau perlu menunggu hingga 26 Disember 2019 untuk menyaksikannya sekali lagi.

 

Gerhana itu bermula pada jam 7.24 pagi dan berakhir pada jam 9.31 pagi serta dapat disaksikan di semua ibu negeri di seluruh negara.

Previous
Next Post »
loading...