loading...

‘Peminjam PTPTN Bermasalah, Sila Ke AKPK’

KUALA LUMPUR – Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mempunyai masalah kewangan serius, diminta hadir ke Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi menstruktur semula pembayaran tunggakan pinjaman mereka.

 

Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, ia adalah satu strategi yang dilaksanakan untuk memberi kemudahan kepada peminjam yang kurang berkemampuan.

 

Katanya, dalam situasi ekonomi yang kurang memberangsangkan dan masalah kekurangan dana yang kritikal strategi itu dilihat penting untuk meningkatkan kutipan bayaran balik.

 

Ia bagi memastikan generasi seterusnya dapat menikmati kemudahan pembiayaan yang disediakan PTPTN.

Previous
Next Post »
loading...