loading...

Pekerja tempatan hendak kerja apa?

SHAH ALAM- Rakyat di negara ini dikhuatiri tidak mempunyai peluang pekerjaan sekiranya cadangan kemasukan 1.5 juta pekerja dari Bangladesh dilaksanakan.

 

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, jumlah 2.1 juta pekerja asing berdaftar di semua sektor di negara ini sepatutnya mencukupi.

 

 

“Menurut perangkaan tidak rasmi, pekerja asing di Malaysia sudah mencecah tujuh juta orang.

 

“Tiba-tiba kerajaan hendak membawa masuk lagi 1.5 juta daripada Bangladesh. Oleh itu pekerja Malaysia hendak kerja apa?,” soalnya dalam kenyataan, semalam.

 

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu turut mencadangkan agar kebergantungan negara terhadap pekerja asing dikurangkan dengan mendaftarkan semula golongan itu yang masih tinggal di negara ini sebagai pekerja yang sah.

 

Katanya, cadangan itu selaras dengan usaha kerajaan untuk mengurangkan pekerja asing sebanyak 11 peratus seperti dalam Rancangan Malaysia Ke-11.

 

Beliau berkata, masih ramai pekerja di Malaysia yang mahu bekerja di sektor separa mahir yang didominasi pekerja asing.

 

“Adakah benar rakyat Malaysia malas bekerja?Adakah rakyat Malaysia memilih kerja?

 

“Mungkin ada segelintir rakyat Malaysia yang berfikiran demikian, tetapi masih ramai yang mahu bekerja di sektor separa mahir. Ada di kalangan siswazah bekerja sebagai juru pam minyak, operator kilang, restoran makanan segera dan menjual top up IDRIS telefon,” katanya. – Sinar

Previous
Next Post »
loading...