KUALA LUMPUR – Seorang pengguna Facebook, berkongsi gambar kanak-kanak berusia 7 tahun yang mengamalkan solat dhuha di sekolah ketika semua pelajar lain pergi ke kantin untuk makan dan bermain.
Menerusi status yang Norzamri Mokhtar yang dimuatnaik menulis, “Subhanallah…bertuahnya ibu dan bapa anak soleh ini, semoga Allah s.w.t sentiasa melindungi anak comel ini dan sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T,”tulisnya.
Tulisnya lagi, masa rehat yang digunakan murid lain untuk makan dan bermain, namun, kanak-kanak ini satu-satunya murid darjah 1 yang tidak pernah terlepas untuk menunaikan solat dhuha setiap hari.
Norzamri turut memuji cara didikan kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut.
“Kanak-kanak ini murid Sek Keb Sultan Ismail 1 Kota Bharu Kelantan, tahniah kepada kedua ibubapanya,”akhirinya.-SuaraTV