loading...

Anak Tan Sri Tidak Kisah Jual Kek

KUALA LUMPUR – Sikap rendah diri seorang anak Tan Sri yang hanya menjual kuih mendapat perhatian teman dan netizen.

 

Menurut sumber yang rapat dengannya, sikap rendah diri itu dihormati rakan taulan.

 

“Ketika pernah menjawat jawatan ketua satu agensi kerajaan yang diibarat petik saja, semua boleh dapat dengan kuasanya. Pernah sekali saya ikut dia ke pejabat ayahnya, dia ikut peraturan parking di luar dan jalan kaki hampir 500 meter sebab arahan tak kasi kenderaan awam masuk.

 

“Lepas itu dia juga tinggal hanya di pondok pengawal, sedangkan ayahnya ketua agensi itu. Saya tanya, kenapa tak jual nama ayah hang? Dia senyum saja, kami sama-sama berjalan naik tingkat paling tinggi.
Dalam level sama pej ayahnya ada juga pejabat menteri,”katanya.

 

Sumber berkata, dia pernah berazam menukar kereta (dia memang mampu), ayahnya melarang, elak membazir dan guna kereta apa yang ada.

 

“Tak salah saya dia ada Perdana V6 (dibeli dari Spanco, pegawai kerajaan pencen ditawarkan membeli kereta), Proton BLM dan Proton Saga saja. Tak ada Jaguar, tak ada, Mercedes mahupun BMW. Setakat saya tahu kereta yang dibelinya,”katanya.

 

Tambah Sumber lagi, namun semua itu dia tidak pernah kecewa, sebaliknya menjadi batu loncatan kerjaya dan keluar dari kelompok selesa. Akhirnya dia berhenti makan gaji dan memulakan perniagaan sendiri. Bermula secara kecilan dia menjual kek kukus, car boot sale dan bidang kecantikan wanita (diuruskan isterinya).

 

“Alhamdulillah berkat usahanya, kek kukus dia juga telah masuk pasaran Petronas dan musim perayaan memang dia tak menang tangan.

 

“Sungguhpun bergelar Tan Sri, Tan Sri ini tidak malu untuk melihat anaknya berniaga kek kukus, malahan sentiasa memberikan sokongan berterusan kepada si anak,”katanya.

 

Sehubungan itu, sesiapa yang ingin mencuba kek yang dijualnya boleh menempah dan membelinya menerusi FB Hana HumaiSarah atau Amsyari Ismail hubungi di talian 012 3648740. -SuaraTV

Previous
Next Post »
loading...