KUALA LUMPUR: Tindakan Ali Tinju yang merupakan presiden Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia (Gerakan Merah) memecat Ketua Penerangannya, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail adalah seperti Diktator.
“Cara Ali Tinju ini tidak ubah seperti diktator dan komunis.Seperti NGO bawah pokok ceri sahaja. Dia boleh buat apa sahaja dan yang lain tidak boleh.” Kata Syed Rosli ketika dihubungi SuaraTV.
Beliau yang berbangga terhadap perlucutan jawatannya setelah mengkritik Ali Tinju yang gagal dalam menajalankan amanah dan hanya menggunakan untuk kepentingan peribadi.
“Saya berbangga dipecat kerana kritik pemimpin yang gagal dan tidak amanah dengan tanggungjawab mereka.
“Ali Tinju hanya gunakan NGO Gerakan Merah untuk kepentingan peribadi sahaja bukannya ikhlas pun.” katanya.
beliau turut menambah, Ali Tinju sendiri juga seringkali mengkiritik Timbalan Perdana MEnteri, Datuk Seri Zahid Hamidi.
“Ali Tinju sendiri selalu mengkritik kepimpinan negara dengan menyerang Timbalan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Ahmad Zahid dengan kata kata yang amat biadap didalam WhatsApp kumpulan Gerakan Merah serta banyak Menteri lain” ujarnya.
Dalam pada itu, Syed ROsli turut menambah perjuangan Ali TInju telah banyak tersasardan menyifatkannya sebagai rasis.
“Perjuangan Ali Tinju pun banyak tersasar dan amat bersifat perkauman yang mana saya tidak setuju dan sudah pun merancang untuk meletakkan jawatan saya sebelum ini.
“Ali Tinju adalah super rasis dan 2 kali ditahan lokap kerana telah mencetuskan ketegangan perkauman. Satu antara kes beliau sedang menunggu keputusan Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.” tambahnya lagi.
Dalam pada itu beliu turut menekankan bahawa ahli UMNO amat profesional kerana memberi hak bersuara kepada ahlinya selagi ia tidak berbaur fitnah.
“Saya lagi hebat pernah mengkritik Presiden Umno sehingga memohon beliau meletakkan jawatan Presiden Parti dan Perdana Menteri namun Umno amat professional dengan memberi peluang untuk ahli – ahli bersuara selagi ianya bukan fitnah.
“Itu lah sebab saya lebih sayangkan Umno dari mana-mana parti lain mahupun NGO lain.” katanya.
Terdahulu Syed Rsli telah dilujutkan jawatannya kerana begitu lantang mengkritik pemimpin dalam parti berkenaan.