loading...

Video : Pembunuh Altantuya Mahu Menetap Di Australia

KUALA LUMPUR – “Saya berhasrat untuk menumpukan sepenuh masa dan tenaga saya untuk menetap disini,” kata bekas anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman, Sirul Azhar Umar yang kini berhasrat untuk menetap di Australia.

 

Menerusi video yang dikongsikan Aktivis Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Ramesh Rao berdurasi 02.50 minit ini memberikan pendedahan maklumat mengenai Sirul yang masih dalam mendapatkan proses prmohonan untuk menetap di negara itu.

 

Menurut Sirul, terdapat pihak tertentu yang telah mengambil kesempatan terhadapnya sekali gus beliau menjelaskan untuk tidak membuat sebarang kenyataan selepas ini.

 

Katanya, beliau sedia maklum dengan peranan yang dilakukan oleh pihak

media namun terdapat juga laporan media dan segelintir pihak tertentu yang melaporkan perkara yang tidak menyenangkan sehingga menjatuhkan seseorang.

 

Sebelum ini, Peguam Sirul, Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin mendedahkan, ada pihak menawarkan kepada Sirul untuk menyelesaikan kes perundangan di Australia di mana Sirul ketika ini sedang dalam proses mendapatkan visa perlindungan.

 

Terdahulu, mahkamah rayuan pada 23 Ogos 2013 membebas dan melepaskan Sirul dan Inspektor Azilah Hadri daripada tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Sharribuu.-SuaraTV

 


Previous
Next Post »
loading...