loading...

Fasa Kedua Pertukaran Guru ‘Duka Lara’ April Ini

ALOR SETAR – Lebih banyak guru ‘duka lara’ bakal disatukan semula dengan pasangan masing-masing melalui inisiatif Kementerian Pendidikan melalui fasa kedua proses itu April ini.

 

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan, berkata hingga kini pihak kementerian sedang memproses permohonan guru bagi pertukaran tempat bertugas, bagi membolehkan mereka tinggal bersama pasangan masing-masing.

 

Katanya, pertukaran fasa kedua itu dijangka membabitkan jumlah ribuan guru daripada keseluruhan 25,000 yang membuat permohonan.

 

“Dalam proses mendapatkan jumlah dan kita jangka

lebih ramai guru akan ditukarkan pada fasa kedua, April ini.

 

“Kita memberi perhatian sepenuhnya untuk membantu guru yang berada dalam situasi berduka lara, …saya berharap guru dapat bersabar sikit, kita sedaya upaya akan menyelesaikan masalah ini secepat mungkin, ” katanya ketika ditemui di Istana Anak Bukit, tadi.

 

Terdahulu, Kamalanathan menerima darjah Datuk Paduka Mahkota Kedah (DPMK) membawa gelaran Datuk sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-88 yang disempurnakan Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah yang juga Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah. – BHarian


Previous
Next Post »
loading...