KUCHING – Malaysia akan ketinggalan berbanding negara-negara lain di rantau Asia Tenggara sekiranya tidak menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamad.
Beliau berkata dengan tidak menyertai TPPA, negara akan kurang daya tarikan sebagai destinasi pelaburan bagi pelabur yang mengeksport produk dan perkhidmatan ke pasaran TPPA.
“Malaysia akan berdepan dengan persaingan lebih sengit dari Vietnam dan Singapura dalam menarik pelaburan asing sekiranya tidak menyertai TPPA dan sekiranya Indonesia, Thailand dan Filipina memilih untuk menyertai TPPA kemudian hari, Malaysia akan ketinggalan lebih jauh.
“Kita juga akan terlepas peluang untuk meraih manfaat awal ataupun kelebihan penggerak pertama berbanding negara-negara yang belum menyertai TPPA,” katanya.
Mustapa berkata demikian pada taklimat mengenai TPPA kepada penjawat awam, industri dan komuniti perniagaan di sini, hari ini.
Menurutnya, Malaysia telah terlibat dalam rundingan TPPA selama lima tahun dan menambah ia merupakan satu proses yang sukar, terutamanya dalam mempertahankan isu-isu serta dasar-dasar penting.
“Kita telah berjaya mendapat pengecualian dan kelonggaran untuk mempertahankan kepentingan negara seperti dasar Bumiputera dan syarat halal termasuk kelonggaran untuk had nilai
Beliau berkata, pada masa akan datang keahlian TPPA akan turut dibuka kepada negara-negara ahli Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang lain sambil menambah Indonesia, Korea Selatan, Thailand dan Filipina telahpun menyatakan hasrat untuk menyertai perjanjian itu setelah mengambil kira manfaat yang ditawarkan.
“Kerajaan sedar TPPA ada kelebihan dan kekurangannya tetapi berdasarkan penilaian, kerajaan melihat negara akan memperoleh lebih banyak faedah jika menyertainya.
“Antaranya membuka akses pasaran lebih luas ke negara-negara ahli TPPA yang Malaysia belum ada Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) seperti Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru, selain mewujudkan integrasi lebih menyeluruh dalam rantaian bekalan di peringkat serantau dan global bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta peningkatan pelaburan yang menyumbang kepada pewujudan peluang pekerjaan.
“Di samping itu, ia juga akan menyumbang kepada peningkatan pendapatan dan peluang pekerjaan serta pemantapan tadbir urus berlandaskan piawaian antarabangsa dan amalan terbaik, sekali gus akan meningkatkan KDNK Malaysia,” katanya.
Sementara itu, Mustapa berkata, TPPA akan dapat membantu Sarawak memperluaskan eskport produk dan perkhidmatannya ke pasaran luar negara, di samping menarik lebih banyak pelaburan asing ke negeri ini.-BERNAMA

Ini Wasiat Terakhir Pope Francis Buat Rakyat Gaza ...

Aura Luar Biasa Konsert Genkru! Kemunculan Elite & ...

Program Arkib@sekolah Tarik Minat Pelajar, Bawa Se ...

Syed Saddiq Walaupun Baru Sementara Kenal Bella, ...