loading...

Padan Muka Kata PCM Pada Guan Eng

KUALA LUMPUR – ‘Padan muka!,’kata Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan dalam kenyataannya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang sedang menghadapi dua pertuduhan rasuah.

 

Sebelum ini, Cheng Guan merupakan bekas Naib Presiden Gerakan yang telah mengasaskan PCM selepas kejatuhan bekas Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon.

 

Beliau yang merupakan bekas Ahli Parlimen Batu Kawan adalah antara seorng daripada ahli politik yang menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempercepatkan siasatan terhadap Guan Eng.

 

Sementara itu, sebaik sahaja kenyataan pendek itu dikeluarkan Cheng Guan, Presiden Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin, Ramesh Rao turut mengambil pendekatan yang sama.

 

Ramesh turut memberikan kenyataan pendek berbunyi ‘Sendiri mau ingatlah,’ dengan meletakkan icon senyum yang ditujukan khas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

 

Terdahulu, Guan Eng mendakwa, kedua-dua pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kanun Keseksaan kerana perbuatan rasuah adalah jelas penganiayaan atau pendakwaan politik yang semata-mata untuk menghancurkannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

 

Beliau menerusi kenyatannya menjelaskan kepada SPRM bahawa pembelian banglo dari Phang Li Koon adalah dilakukan dengan tulus hati, antara individu yang tidak mempunyai kepentingan perniagaan.

 

Katanya, ia atas dasar kerelaan penjual dan pembeli tanpa sebarang paksaan atau sebarang balasan istimewa daripadanya, mahupun kerajaan negeri.

 

Tambahnya, Phang merupakan kawan kepada isterinya, dimana ia tidak mempunyai hubungan perniagaan yang aktif dengan kerajaan negeri.

 

“Dia bukan seorang pemaju perumahan dan banglo dia menjual saya untuk RM2.8 juta telah dibina pada tahun 1980-an.

 

“Terdapat percubaan untuk menyamakan kes saya dengan kes bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo. Ini sama sekali adalah salah. Tidak seperti kes Khir Toyo, Phang tidak kerugian sebanyak RM5 juta tetapi mencatatkan keuntungan kecil RM300,000 hasil pembelian asalnya pada harga RM2.5 juta,”katanya.-SuaraTV

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...