loading...

Syed Saddiq Menteri Belia dan Sukan Yang Baharu

Hari ni Jamal pula nak tulis lepas berehat panjang makan kuih raya ni. Perut pun dah mula ke depan dan kenalah kembali aktifkan diri.
Korang semua dah tau kan siapa yang telah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu bagi menggantikan YB Khairy Jamaluddin yang partinya kalah di pilihanraya.
Jamal terkejut juga dengan pelantikan Syed Saddiq ni walaupun dah banyak baca rumor kat internet. Masih tak yakin dengan keupayaan YB Muar ni. Tapi dah dipilih maka terimalah seadanya.
Bukan apa, kalau tengokkan profil pun belum nampak ketokohan dalam bidang sukan ni. Kita tengok camne kemampuan Menteri Belia dan Sukan yang paling muda dalam sejarah iaitu baru berumur 26 tahun.
Jamal harapkan perubahan boleh dilakukan oleh Menteri baharu ni. Bukan portfolio yang mudah apatah lagi Sukan merupakan antara yang mendapat kontroversi di media akhbar. Sebab tu Sukan biasanya berada di muka belakang akhbar sebab ramai yang membaca tu.

Tak berapa lama lagi Sukan Asia, jadi YB Syed Saddiq kena cepat-cepat bekerja. Persiapan ke Sukan Asia perlu diperkemaskan. Elakkan isu-isu displin samada atlet mahupun pegawai kerana mereka ni membawa nama negara di peringkat Asia.
Isu yang tak elok didengari boleh mencacatkan persaingan Malaysia dalam sukan terbesar Asia itu. Selain itu, visi untuk mencapai emas Pertama dalam Sukan Olimpik juga perlu diperhalusi. YB perlu mendapatkan input serta memberikan idea-idea bernas serta membuat keputusan yang tepat.
Sukan berpotensi untuk dimajukan boleh dititikberatkan bagi menjadikan Malaysia negara Bersukan.

Jamal rasa cukuplah sedikit celoteh ni. Jamal mendoakan semoga YB Syed Saddiq menjalankan tugas dengan lebih baik. Kurang-kurangkan mencari publisiti sebaliknya bekerja untuk memajukan Sukan Negara.

Previous
Next Post »
loading...