loading...

Pakatan Harapan Yakin Kekal Kerusi – MB Selangor

Oleh : Saadah Latib

SHAH ALAM: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis merupakan pilihan raya pertama Pakatan Harapan sebagai kerajaan persekutuan selepas menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari amat positif dengan rekod PH pada PRU-14 apabila berjaya mempertahankan kawasan ini  dengan majoriti yang tinggi.

“Ini kali pertama Pakatan Harapan sebagai kerajaan pusat dan kerajaan negeri bertemu dengan pembangkang iaitu Barisan Nasional.

“Kita ada kemenangan dahulu yang sekitar 12,000 majoriti, pada PRK ini juga kita mengekalkan calon yang berpengaruh di peringkat tempatan dan juga negeri.

“Pencapaian kerajaan negeri juga masih lagi baik dan juga kepercayaan ramai orang kepada kerajaan pusat yang masih lagi tinggi, ini menunjukkan kita boleh mencatatkan kemenangan yang selesa pada pilihan raya ini,” katanya kepada pemberita selepas Penamaan Calon di Dewan Besar Tanjung Majlis Bandaraya Shah Alam, sebentar tadi.

Seramai 51,217 pengundi berdaftar akan keluar mengundi pada PRK ini yang diadakan selepas kematian penyandang kerusi Mat Shuhaimi Shafiei pada 2 Julai lepas.

Previous
Next Post »
loading...