loading...

Senyum Macam Babah! Peminat Setuju Pendapat Lisdawati, Anak Keempatnya Mirip Fauzi Nawawi

Kelahiran cahaya mata keempat bagi pasangan Fauzi Nawawi dan Lisdawati pada 24 Julai lalu memberi kegembiraan untuk ahli keluarga mereka.

Dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Kampung Baru, bayi lelaki seberat 3.54 kilogram itu adalah anak kelapan Fauzi Nawawi dan keempat buat Lisdawati.

Daripada perkongsian Lisdawati di instagramnya, dia ada memuat naik kapsyen “Bila mama rasa mybabyboy mcm muka babah” ramai peminatnya mengiyakan dan bersetuju dengan Lisdawati.

“Senyuman si kecil ni sebiji macam babah”.

“Iya kak..muka abahnya..siap senyum lagi”

“Senyuman tu memang muka babahnya..hehehe 

Selain itu, ramai juga peminat yang kagum dengan Lisdawati kerana walaupun hamil di lewat usia, dia tetap bertenaga dan aktif.

Malah menurut Fauzi melalui BH Online, sepanjang tempoh kehamilan isterinya, Lisdawati sangat bertenaga dan dia masih boleh menyertai dua acara berbasikal sejauh 10 kilometer setiap satu ketika kandungan mencecah enam bulan, selain berpuasa penuh sepanjang Ramadan lalu.

Kata Fauzi, nama cahaya mata mereka akan dimaklumkan dalam tempoh tujuh hari.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007. Sebelum ini Fauzi dan Lisdawati dan dikurniakan dua anak perempuan dan seorang lelaki.

kredit: ig Fauzi Nawawi & Lisdawati

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...