Ramai suami yang takut untuk menemani isteri mereka bersalin. Tapi sebenarnya, anda tidak perlu takut dan jangan biarkan isteri anda bersalin seorang diri tanpa ditemani. Kerana saat sukar itu kadang-kadang memerlukan suami di sisi. Jadi temanilah isteri anda.
Bila suami di sisi, isteri akan dapat lebih kekuatan untuk bersalin. Kesakitan memang tidak boleh dikurangkan, tapi dengan adanya emotional support dan physical support dari suami akan membuatkan isteri lebih kuat. Ikuti perkongsian dari Dr. Taufiq razif di facebooknya;
Ni gambar tangan saya yang baru dipulas pulas dan diremas remas oleh isteri yang sedang bertarung di dewan bersalin.
Tapi entah kenapa makin dia pulas pulas dan remas tangan saya ni, saya jadi makin sebak dan bahagia.
Setiap kali saya nampak matanya terpejam menahan sakitnya kontraksi, makin saya hulur tangan saya ni.
Pulas-lah!
Remas-lah!
Gigit-lah sayang!
Asalkan ia boleh mengurangkan kesakitan sayang!
Tapi hakikatnya tak berkurang pun. Dia tetap bertarung dengan kesakitan tu sendirian. Habis tu, kenapa saya berdegil juga nak tengok sendiri proses isteri saya bersalin tu??
– Saya nak bagi ’emotional support’ pada isteri saya sebenarnya. Walaupun saya tak mampu nak bagi painkiller pada jasadnya tetapi kehadiran saya tu sendiri adalah painkiller pada emosinya
– Saya nak tingkatkan Empati diri saya juga sebenarnya. Simpati semata-mata tak cukup. Ada masanya lelaki macam saya ni terlalu sibuk. Kesibukan terlampau boleh butakan mata hati kita sendiri sebenarnya.
– Tanpa empati, saya takkan boleh rasakan keletihan dan kesakitan isteri saya yang menjaga anak anak saya ketika saya jauh daripada rumah
– Saya juga nak bantu isteri saya ketika dalam dewan bersalin tu. Alhamdulillah semalam sempat juga la saya ‘wudhukkan’ dan bantu isteri saya solat Zuhur beberapa minit sebelum dia bersalin
– Saya juga bertanggungjawab nak bagi ‘physical support’ pada isteri saya masa kat dalam tu. Bayangkan masa tu isteri saya boleh nak gigit jari dia sendiri. Hampir berdarah jarinya! Mujur saya gantikan tangan dia dengan tangan saya!
– Masa tu isteri saya tengah mengalami ’emotional hijacking’ akibat kesakitan melampau. Dia dah tak boleh fikir rasional dah masa tu.
Saya sebagai suami la yang kena bantu. Tu la kenapa kami dicipta berpasangan. Untuk saling membantu dan melengkapkan!
Sumber: Facebook Dr Taufiq Razif