loading...

“Saya Bersedia Menjadi Wakil Rakyat yang Utuh” – Raja Kamarul Bahrin

Oleh: Saadah Latib

KUALA LUMPUR: Perlantikan sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal ke-14 merupakan penghormatan kepada rakyat negeri Terengganu, ujar Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang ditemui.

Pengerusi Pakatan Harapan Terengganu itu berkata beliau akan menjadi wakil kepada suara rakyat dalam memastikan pembangunan negeri itu terus berkembang dan utuh.

“Alhamdulillah, saya rasa ini adalah sebuah penghormatan bagi rakyat Terengganu. Melaluinya akan ada satu suara yang dapat menyampaikan segala rintihan dan masalah serta isu-isu tempatan.

“Melalui perlantikkan ini, akan menyaksikan  negeri ini tidak akan ketinggalan dalam lanskap politik di persada negara”, katanya ketika ditemui media selepas Majlis Angkat Sumpah Ahli Dewan Negara, sebentar tadi.

Manakala, tujuh yang lain termasuk Datuk Ismail Ibrahim, Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Liew Chin Tong antara yang dilantik sebagai Ahli Dewan Negara yang baharu.

Previous
Next Post »
loading...