Mesti ramai yang tertanya siapa pula Ratu Tisha Destria ni? Jangan kata korang, Jamal pun kagen dengan nama cewek ini. Rupa-rupanya Ratu Tisha Destria ini merupakan Setiausaha Agung Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI). (Baca profil Ratu Tisha Destria di viva.co.id)
Kiranya kalau di Malaysia ini tarafnya seperti Setiausaha Agung FAM yang baharu Stuart Ramalingam.
Berbalik kepada kenyataan dari Setiausaha Agung PSSI yang baru berusia 33 tahun ini memberikan jaminan bahawa kawalan ketat akan dilakukan bukan sahaja untuk skuad Harimau Malaya tetapi untuk semua skuad yang bertanding dalam Sukan Asia yang berlangsung di Jakarta-Palembang pada Ogos ini.
Ratu juga memaklumkan sukar untuk PSSI mengawal emosi penyokong yang dahagakan kejayaan dalam arena bola sepak apatah lagi beberapa tahun yang lalu sukan bola sepak pernah digantung sehingga menyebabkan terlepas menyertai beberapa kejohanan utama.
Kebimbangan dengan keselamatan skuad negara timbul kembali susualan keganasan penyokong Indonesia ketika aksi skuad bawah 19 tahun negara dalam kejohanan separuh akhir AFF B-19 di Surabaya pada 12 Julai lalu.
Jamal selaku penyokong skuad Harimau Malaya mengharapkan Ratu serta barisan kepimpinan PSSI mengambil perhatian serius tentang isu ini. Walaupun peluang skuad negara untuk layak jauh agak sukar tapi tidak mustahil kejutan boleh dilakar.
Mungkin isu ketidakcukupan pemain ada hikmah disebaliknya. Semoga Harimau Malaya mampu melakukan sesuatu yang mustahil di Sukan Asia. Jadikan kemampuan pasukan Croatia melangkah ke akhir Piala Dunia 2018 sebagai inspirasi.
Bila agaknya FAM nak ada wakil wanita ye? Ataupun boleh ke agaknya Jamal atau boss Ligakampung pegang jawatan kat FAM ?