
MELAKA: Seorang bayi berusia empat bulan maut dipercayai akibat tersedak susu semasa dalam jagaan sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Bukit Baru di sini hari ini.
Mangsa, Yusof Al-Baihakki Zainal Abidin meninggal dunia kira-kira pukul 12.30 tengah hari ketika menerima rawatan selepas dikejarkan ke Hospital Melaka oleh pihak Taska.
Ibu mangsa, Roslina Ismail, 34, berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh pihak Taska pada
“Sebaik sahaja tiba di lokasi, pihak Taska memaklumkan kepada saya bahawa Yusof Al-Baihakki tersedak susu dan terus membawa anak saya ke hospital.
“Doktor yang merawatnya kemudian mengesahkan Yusof Al-Baihakki telah meninggal dunia dan tidak boleh diselamatkan lagi” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Melaka, di sini petang ini.
Lebih menyedihkan, Roslina yang bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Methodist Melaka dan suaminya, Koperal Zainal Abidin Deraman, 34, sebelum ini telah menunggu selama tujuh tahun untuk menyambut kelahiran anak keduanya itu.

Waspada Modus Operandi Penipuan Yang Menyalahgunak ...

Dayang Nurfaizah, Marsha & Wani Kayrie Excite ...

Khaled Anggap Pas Belum Move On Dari Dap Memb ...

Tahniah Anakku Untuk Kejayaan Cemerlang Dalam Spm ...