KUALA LUMPUR: Negara akan mempunyai sebuah kompleks sukan mesra wanita yang pertama dengan dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk taman penjagaan kanak-kanak, spa dan salon kecantikan.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Zuraida Kamaruddin berkata, kompleks mesra wanita itu dijangka siap dalam tempoh tiga tahun lagi.
“Kami berpandangan ada kepentingan untuk membina kemudahan ini kerana wanita negara ini memerlukan tempat riadah yang membolehkan mereka berasa bebas dan tidak terkongkong dengan pelbagai kekangan,” katanya ketika meninjau satu daripada tapak cadangan kompleks itu di Puchong, hari ini.
Tapak berkeluasan 6.07 hektar itu antara empat lokasi (semuanya di Selangor) yang dicadangkan bagi membina kemudahan itu.
Zuraida berkata,
Di samping itu, ia akan memenuhi keperluan golongan kurang upaya dan kanak-kanak yang mengiringi kaum hawa yang datang ke situ.
Sumber:-HMetro
Ligakampung,com menyokong cadangan dari Menteri KPKT untuk pembinaan kompleks sukan mesra wanita ini. Dapatlah wanita bersukan dengan lebih tenang dan santai.

Babak Campak Bayi Dikecam, Feroz Kadir Jelaskan Si ...

Nak Catch Up Drama Luar Negara? Prime Video Kini T ...

Tahniah! Sufian Suhaimi Selamat Bergelar Suami Kep ...

Premature To Announce Poster Boy For Sabah Polls, ...