loading...

Hamil 5 Bulan Almy Masih Alah Bau, Makanan. Fizz Fairuz Risau Berat Isterinya Turun Mendadak

Kira-kira empat bulan lagi, pasangan Datuk Fizz Fairuz dan isterinya, Datin Almy Nadia bakal menimang cahaya mata ketiga.

Pelakon Datuk Fizz Fairuz atau nama sebenarnya, Mohd Fairuz Zainal Abidin mendedahkan isterinya, Datin Almy Nadia mengalami alahan kepada bau-bauan dan makanan sehingga sekarang.

Sarat hamil lima bulan, Almy dijangka melahirkan cahaya mata ketiga mereka pada 22 Disember ini.

“Bayangkan dia mengalami alahan dengan bau busuk, bau wangi dan bau makanan. Sejak mengandung ini, Almy makan sedikit sahaja.

“Sebagai suami, ia memberi kerisauan kepada saya kerana berat badannya juga tidak konsisten,” kata Fizz.

Dalam pada itu, Fizz turut mendedahkan berat badan Almy turun mendadak iaitu daripada 80 kilogram sehingga 70 kilogram.

“Berat badan Almy kena kekal dalam lingkungan 80 kilogram, kalau tidak, ia akan memberi kesan kepada bayi di dalam perut.

“Walaupun Almy masih mengalami alahan tetapi dia tetap berkeras ingin menjaga sendiri dua puterinya,” jelasnya.

Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang.

Pasangan itu turut memiliki dua cahaya mata perempuan Nur Afrina Arianna, 3 dan Nur Aurora, 2.

Sumber: ig Fizz Fairuz & Almy Nadia/astro gempak

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...