Persatuan yang menjaga kebajikan atlet kebangsaan Yayasan Kebajikan Bekas Atlet Kebangsaan (YAKEB) berdepan masalah ditutup kerana tiada dana mencukupi.
YAKEB terdesak untuk mendapatkan dana bagi membantu kos perubatan yang dianggarkan sebanyak RM2 juta setahun.
YAKEB yang sebelum ini mendapatkan dana melalui kerajaan mengalami masalah selepas perubahan kerajaan kerana tidak lagi memperolehi dana.
“YAKEB banyak bergantung kepada bantuan kerajaan. Kerajaan sepatutnya membantu YAKEB bagi tujuan menjalankan kebajikan membantu atlet.
“Jika tidak, atlet tidak tahu ke mana (untuk mengadu) dan untuk itu, kami memerlukan Kementerian Belia dan Sukan.
“Baki dana yang ada ketika ini hanya cukup untuk menampung YAKEB selama tiga bulan lagi.
“Selepas itu, tidak tahulah macam mana nasib YAKEB. Kami sedang mencari jalan untuk berjumpa dengan Kementerian Belia dan Sukan,” kata Noorul Ariffin mengenai badan kebajikan itu yang telah membantu hampir 2,500 bekas atlet negara.
YAKEB menyediakan pelan perubatan sebanyak RM20,000 untuk setiap ahli bagi mendapatkan rawatan.
Ia bagi menghargai pengorbanan bekas atlet negara memandangkan ada yang tidak mempunyai pekerjaan selepas bersara.
Sumber :-Stadium Astro