loading...

Parlimen: Julang Dan Martabatkan Bahasa Kebangsaan – Hussain Awang

Oleh: Saadah Latib

KUALA LUMPUR: Senator baharu, Datuk Hussain Awang akan terus memperjuang dan memartabatkan penggunaaan bahasa Melayu sepanjang persidangan parlimen berlangsung.

Beliau yang juga merupakan Pesuruhajaya Pas Terengganu menegaskan perjuangan ini adalah berdasarkan Pelembagaan yang berpegang kepada teras pembinaan negara bangsa.

“Fokus saya adalah untuk mempertahankan Perlembagaan negara.

“Negara kita negara Malaysia… bahasa kita Bahasa Malaysia. Jiwa kepada bangsa kita ialah bahasa,” katanya ketika ditemui selepas Mengangkat Sumpah Ahli Dewan Negara yang baharu, sebentar tadi.

Tambahnya, walaupun masyarakat terdiri daripada pelbagai bangsa namun, bahasa kebangsaan yang merupakan Bahasa Melayu akan terus dijulang.

“Jiwa kepada bangsa kita ialah bangsa, maka bahasa kebangsaan mestilah menjadi teras kepada pembinaan negara,” jelasnya.

Seramai 222 ahli Parlimen telah mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat penggal ke-14, 98 daripadanya adalah muka baharu.

Previous
Next Post »
loading...