Atlet Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) Johor, Rusleem Zikry menghadiahkan kalungan pingat emas bagi kontijen negara pada Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) ke 10 hari ini,
Beliau yang beraksi dalam acara 400 meter lari berhalangan itu mencatat masa 52.68 saat diikuti pelari Indonesia, Raza Caktiaji Wle yang mencatat 52.69s manakala pelari Thailand, Kasemsan Kaewkul mengondol gangsa dengan catatan 53.21s.
Zikry yang baru berusia 18 tahun itu gembira kerana catatan 52.68s itu adalah merupakan catatan terbaiknya pada tahun ini. Walaubagaimanapun catatan tersebut masih jauh dari catatan rekod kebangsaan yang dilakukan oleh Mohd Shahadan Jamaluddin iaitu 51.28saat yang dialkuakan pada Sukan ASia di Filipina pada tahun 2005.
Pelari kelahiran Kuala Terengganu itu akan menyertai dua lagi acara iaitu 4x100m dan juga 4x40m sebelum mempersiapkan diri bagi Sukan Malaysia (SUKMA) pada September ini di Perak.
Sumber :-