Pelumba berbasikal negara, Azizulhasni Awang membuktikan bahawa beliau masih berbisa apabila meraih pingat emas berganda dalam acara keirin dan pecut pada kejohanan berbasikal Piala Trek China 1 di Taiyuan sebentar tadi.
Ia merupakan kemenangan pertama
yang diraih Azizulhasni dalam perlumbaan di luar Malaysia sejak meraih kejuaraan keirin pada Kejohanan Dunia di Hong Kong , tahun lepas.
Dalam acara keirin, pelumba kelahiran Terengganu berusia 30 tahun itu berjaya mengetepikan dua peserta tuan rumah, Xu Chao dan Wang Yibo dengan mencatat masa 13.569 saat.
Dalam acara pecut yang berlangsung semalam, Azizulhasni turut menumpaskan Xu Chao selepas mencatat masa 9.895s di Velodrome Taiyuan.
Pelumba muda berbakat, Muhd Shah Firdaus Sahrom berjaya meraih pingat gangsa selepas menumpaskan peserta Kazakhstan, Pavel Vorzhev.
– UTUSAN ONLINE

Blood Brothers: Bara Naga Sinopsis, Pelakon & ...

Caj Perkhidmatan Bergerak Puspakom Naik 20 Peratus ...

Data Minimum 5gb Percuma Buat Rakyat Malaysia Pada ...

Resipi Burger Ayam Crispy Yang Memikat Selera & ...