loading...

Alhamdulillah, Sejuk Perut Ibu Mengandung. Faizal Tahir Kongsi Cara Didik Anak Solat

Didik anak solat bukan mudah. Apa yang dikongsikan Faizal Tahir ini wajar dicontohi.

Apa yang dikongsikan ini boleh menjadi solusi kepada ibu bapa yang sukar untuk menerapkan ibadah ini kepada anak-anak.

Faizal Tahir jarang berkongsi perihal peribadi di Instagram. Semalam beliau telah berkongsi video anaknya, Khalid Al-Walid, 3 tahun. Bapa kepada enam cahaya mata ini telah bersolat manakala Khalid mengikut pergerakan solat di belakangnya walau pun hanya berlampin dan kasut sahaja.

Video itu berkapsyen “Don’t tell them. Show them” mungkin bermaksud tak perlu menyuruh anak solat berulang kali sebaliknya tunjukkan atau solat lah didepan mereka dan lama kelamaan anak akan mengikutnya.

NETIZEN MEMUJI & TERSENTUH HATI

Video ini menerima pelbagai reaksi dari netizen yang rata-rata memuji Khalid dan Faizal serta tidak kurang mengatakan sebak dan tersentuh hati menontonnya.

TAHNIAH KERANA JADI CONTOH YANG BAIK

TAK KACAU ORANG SOLAT

SEMOGA JADI ANAK SOLEH

PENYEJUK HATI

INSPIRASI KEPADA YANG LAIN

SEJUK PERUT IBU MENGANDUNG

LEAD BY EXAMPLE

Sumber: Instagram Faizal Tahir

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...