loading...

Ajar Anak Menyanyi Bukan Hafal Lagu, Tapi Untuk Bantu Komunikasi. Terapis Kongsi Cara Ajar Yang Betul

Hanya dengan menggunakan lagu mereka boleh belajar bercakap. Ibu ayah tentu risau kalau anak mereka dah capai umur yang sepatutnya sudah boleh mula bercakap tapi belum bercakap. Jika anak lambat bercakap, pelbagai cara boleh dilakukan untuk ibu ayah lakukan dirumah untuk merangsang anak supaya bercakap. 

Kanak-kanak memang sukakan lagu sebab ada melodi dan menarik. mereka boleh tengok ulang ulang ulang sampai hafal lagu. Terapis Pertuturan bahasa, Cik Aishah Kassim berkongsi cara mengajar anak bercakap melalui lagu;

Saya guna lagu bukan untuk mereka hafal dan lepas tu nyanyi lagu sesuka hati sorang-sorang tanpa situasi yg sesuai.

Lagu biasanya saya akan gunakan untuk dapatkan skill-skill ini:

1. Skill meniru aksi

Lagu banyak aksi, jadi kita boleh gunakannya untuk anak-anak tiru aksi dulu. Especially bagi yang belum bercakap. Kalau anak tak tiru, masa tu lah kita perlu bantu. Ajar anak untuk tengok aksi dan terus tiru. kita panggil immediate imitation, tengok terus tiru.

Jadi nanti nak ajar tiru bunyi perkataan senang sebab mereka dah ada skill tu. Kalau aksi yang simple masih tak boleh tiru, nak tiru pertuturan memang tak boleh. Sebab tu better masa menyanyi kita ada sama-sama, buat aksi sama-sama, baru ada interaction.

2. Skill tiru bunyi

Lagu-lagu yang ada bunyi, mcm old mc donald tu kita boleh ajar untuk anak tiru bunyi-bunyi haiwan. Tak payah hafal seluruh lagu pun takpa. Yang penting masa animal apa yang ditunjukkan, bunyi yang dibuatnya betul. Yang penting orang dewasa kena ada sekali untuk ajar mereka.

3. Ajar kefahaman bahasa & tambah vocab

Anda boleh bercerita tentang objek-objek atau gambar-gambar atau action-action dalam lagu pada anak. Tunjuk dan cerita, jadi anak boleh faham apa nama objek, nama aksi yg ada dlm lagu tu.

Kanak-kanak memang ada ability untuk hafal banyak benda, tapi kalau hafal saja tak boleh nak guna dalam perbualan harian pun tak guna lah kan.

Jadikan waktu menyanyi waktu yg interactive, ada org dewasa guide. Jika biarkan anak tengok lagu sorang-sorang dan nyanyi sorang-sorang, hafal sorang-sorang, memang tak membantu langsung utk mereka berkomunikasi.

Selamat menyanyi!

Sumber: Facebook Aishah Kassim
Terapis Pertuturan Bahasa

Previous
Next Post »
loading...