
KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran, menyerahkan kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan susulan laporan polis dibuat terhadapnya oleh Pergerakan Pemuda UMNO.
Laporan itu dibuat berikutan kenyataan Kulasegaran mendakwa
Kulasegaran yang juga Naib Pengerusi DAP, juga enggan mengulas lanjut mengenai desakan Pemuda UMNO memintanya meletak jawatan sebagai menteri kerana mengeluarkan kenyataan disifatkan menghina Melayu dan boleh menggugat keharmonian negara.
“Biar siasatan dijalankan. Buat sementara ini, ‘no comment’. Lebih banyak saya cakap, akan jadi lain pula,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Pemuda UMNO di seluruh negara membuat laporan polis semalam, berhubung dakwaan Kulasegaran itu dan berharap siasatan telus dibuat serta tindakan sewajarnya diambil terhadap beliau.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, dilaporkan berkata, permohonan maaf Kulasegaran tidak mencukupi, sebaliknya perlu meletak jawatan kerana kedudukannya sebagai menteri.
Ditanya mengenai perasaannya selepas kenyataan terbabit mencetuskan kontroversi, Kulasegaran mengakui semua pihak pasti terasa.
“Semua akan terasa kerana manusia memang macam itu,” katanya.

Dia Dendam.. Kawan Baik Dedah Kim Soohyun Bany ...

Pernah Dituduh Tak Puasa, Tony Eusoff Dipaksa Tunj ...

Cinta Untuk Sekali Lagi Raya ...

Teroka Sabah, Dulu Bah! Stb Tawar Baucer Pelanco ...