loading...

Sabarlah  Bila Anak Nak Berdikari Minum Sendiri Melalui Cawan & Penyedut Minuman. OT Ini Kata Ada Kebaikannya

Si kecil selalu ingin berdikari untuk minum sendiri dengan menggunakan cawan atau penyedut minuman .

Mungkin ada ibu bapa yang memberikan anak minum air dan susu dengan botol susu kerana ia lebih mudah. Tiada lelehan dan tumpahan yang perlu dibersihkan. Selepas tahu kebaikan ini, anda bolehlah perlahan-lahan mengurangkan penggunaan botol susu. Biarkan si kecil minum dengan cawan dan penyedut minuman pula.

Menurut Aisyah Rozalli, Juruterapi Cara Kerja, GymCademy Melaka, kedua-dua perbuatan ini baik untuk membantu perkembangan pertuturan, oral motor, latihan pernafasan dan sebagainya.

MINUM DENGAN CAWAN

Bila anak ingin minum air pada cawan berbanding botol, itu tandanya anak makin membesar dan ingin mencuba sesuatu yang baru! Air tumpah, terpercik atau lelehen terkena pada pakaian mungkin akan berlaku.

Tetapi sabarlah kerana ini adalah fasa yang perlu dilalui si kecil untuk memahirkan beberapa elemen penting untuk perkembangan dirinya. Antara kebaikan yang diperolehi daripada perbuatan minum air pada cawan ialah:

  • Merangsang koordinasi oral motor.
  • Menggalakkan stimulasi visual spatial di mana si manja boleh melihat berapa banyak air yang tinggal di dalam cawan.
  • Meningkatkan kekuatan tangan dan kawalan tangan dengan menganggar berapa banyak kekuatan perlu dijana untuk menggerakkan cawan ke mulut.

MINUM MENGGUNAKAN PENYEDUT MINUMAN

Apabila berpeluang makan di luar, maka si kecil pun sibuklah untuk minum. Ia memberikan banyak faedah asalkan minuman yang diminum bukan minuman ringan, terlalu manis atau terlalu panas. Risiko air tumpah dan mengotorkan baju memang ada, jadi anda perlu siap sedia sepasang lagi baju semasa keluar makan di luar sebagai ganti.

Ambil langkah berhati-hati kerana penyedut minuman juga boleh melukakan tekak sekiranya dimasukkan terlalu dalam. Sebaik-baiknya ajar si kecil sedut pada hujungnya sahaja. Ini adalah masanya untuk anda menyediakan sebuah botol dengan isian air kosong sebagai bekalannya semasa keluar.

Antara kebaikan yang diperolehi daripada aktiviti minum menggunakan penyedut minuman ialah:

  • Rangsangan sensori proprioseptif di dalam mulut semasa menyedut. Ini meningkatkan kesedaran pergerakan lidah, bibir dan pipi.
  • Kawalan lidah dan rahang semasa minum.
  • Melatih penafasan semasa menghisap dan menelan.
  • Menggalakkan rangsangan oral motor yang membantu si kecil yang cerewet makan atau tiada selera makan.

Sumber: OT Aishah Rozalli     

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...