loading...

30,000 tiket untuk penyokong Selangor, Pahang

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) masing-masing mendapat peruntukan 30,000 tiket untuk penyokong mereka bagi perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), 7 Julai ini.

Ketua Pegawai Operasi Liga Bola Sepak Malaysia, Mohd. Shazli Shaik Mohd. berkata, pihaknya turut memperuntukkan 750 tiket, masing-masing kepada kedua-dua pasukan untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah bagi perlawanan itu.

“Baki 18,000 tiket dewasa dan 500 tiket kanak-kanak akan dijual secara dalam talian melalui laman sesawang www.shopee.com.my dan https://ift.tt/1C0KjLW bermula Rabu ini pada 9 pagi manakala penebusan tiket dalam talian boleh dibuat mulai Khamis ini di SNBJ,” katanya.

Shazli berkata, demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Final Piala FA 2018 di sini hari ini.

Harga tiket dewasa ditetapkan pada kadar RM50 sekeping manakala RM5 sekeping untuk kanak-kanak, katanya. – Bernama

Banyak juga tiket tu. Apapun semoga pengagihan berjalan dengan adil tanpa ada isu-isu berbangkit seperti sebelum ini. Semoga perlawanan akan dipenuhi oleh penyokong tempatan meskipun terdapat perlawanan Piala Dunia pada ketika itu.
Siapa pilihan anda? Saya rasa Pahang mempunyai sedikit kelebihan. Ramalan kemenangan Pahang dengan keputusan 2-1.

Previous
Next Post »
loading...