Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah sememangnya Pakar Motivasi dan Keibubapaan yang terkenal dengan pelbagai perkongsian tip dan nasihat kepada ibu bapa untuk mendidik anak-anak.
Satu perkongsian menarik daripada beliau telah dikongsikan oleh Dr Erna Nadia di dalam laman facebooknya mengenai nasihat Dr Fadzilah tentang amalan yang patut dilakukan oleh ibu bapa ketika mendidik anak-anak.
1. Merotan dibolehkan untuk kanak-kanak berumur 7-11 tahun dengan tujuan untuk mengajar.
2. Jangan rotan anak-anak yang berumur 14 tahun ke atas kerana mereka akan memberontak atau rebel. Jadikan mereka seperti kawan kita.
3. Kanak-kanak perempuan berusia 11-13 tahun berada dalam fasa yang paling miang/gatal/gedik sepanjang usia mereka.
Jadi ibu bapa perlu beri lebih perhatian jika anak perempuan mereka di usia ini supaya tak hanyut teruk. Di fasa ini mereka sudah berkeinginan untuk tengok porn dan mencuba aksi-aksi daring/ nakal/ lucah.
4. Peluk anak-anak lelaki nakal/garang berusia 16 tahun ke atas. Jangan jerit dan balas setiap kata-kata kasar mereka. Peluk dan baca Bismillah, surah Al-Fatihah, surah Alam Nashrah dan hembus ke ubun-ubun mereka.
5. Setiap kali balik dari mana-mana nak masuk rumah, bacalah surah Al-Fatihah & surah Al Ikhlas sebelum masuk ke dalam rumah. InshaAllah rumah kita dipenuhi kebahagiaan.
6. Ibu bapa adalah cermin anak-anak. Ibu bapa yang kasar akan melahirkan anak-anak yang kasar. Jaga bahasa kerana mereka serap setiap bait kata dan tindak tanduk ibu bapa.
7. Kalau nak anak-anak baik, ibu bapa perlu jadi baik dahulu. Ajar anak-anak untuk tidak tinggal solat, mengaji setiap hari dan pastikan ada masa berkualiti bersama anak-anak.
8. Kawal kelakuan dan aktiviti anak-anak. Boleh pakai gadget tapi perlu kawal.
Jangan ibu bapa pulak yang asyik dengan gadget.
So, kita ubah diri kita dahulu sebelum kita bebel anak-anak kita nakal.
Jom lahirkan keluarga yang berjaya dunia & akhirat.
Sumber: Erna Nadia