Setiap ibu pasti mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Dari mula kandungan sehingga lah kelahirannya. Jika dalam kandungan si ibu akan memakan makanan berkhasiat untuk anak begitu juga bila sudah dilahirkan susu ibu adalah makanan khasiat yang tidak ternilai.
Pengorbanan ibu ini sangat besar, dari sebelum kelahiran anak sehingga lah dalam proses pembesaran anak. Buat si bapa jangan lah pandang ringan jika anak anda hanya meminum susu ibu. Bantu lah ibu ketika dia sedang sibuk menyusukan anak anda.
Ikuti perkongsian pengalaman dari El Ameerah bagaimana penat lelah seorang isteri dan ibu yang menyusukan anak-anaknya. Semoga dapat ambil pengalaman buat ibu dan bapa yang bakal menerima cahaya mata.
Ya Allah. Memang lah breastfeeding ini sangat memenatkan. Sakit pinggang masyaAllah. Tengkuk dan bahu rasa lenguh. Kaki kebas sebab duduk lama. Menyusu sambil mengiring sangat lah tak selesa. Berpeluh-peluh kepanasan.
Di tambah lagi masalah engorgement, mastitis, bengkak susu tu ya Allah sakitnya. Nipple crack di fasa awal, Allah sahaja yg tahu peritnya. Sambil pejam, mengalir air mata tahan sakit.
Ibu bekerja nak pastikan bekalan susu cukup. Cukup masa, wajib mengepam. Tinggalkan kerja. Kadang2 terambil waktu lunch. Terkejar-kejar.
Lapar dan haus setiap masa. Kalau lapar, susu tak keluar. Emosi nak kena stabil. Sedih sikit, susu tak keluar. Emosi serabut, susu tak keluar. Gaduh dgn suami, susu tak keluar. Sakit sikit, susu tak keluar.
Saya tahu kita semua sedang berusaha keras. Kadang2 rasa nak mengalah. Rasa 2 tahun penyusuan tu terlalu panjang utk dilunaskan.
Di atas segala kesusahan ini, kita tetap teruskan. Tidak bergaji, tiada bonus, tak ada siapa paksa, tak ada siapa suruh. Kita sendiri rela hati nak buat subhanallah. Hebat ibu-ibu semua.
Cukuplah syurga menjadi sumber motivasi. Kerana ini semua adalah jihad. Pahala yang banyak sedang menunggu kita. Allah sangat menghargai penat lelah kita. InsyaAllah anak kita akan hargai jasa kita suatu hari nanti.
Bertahanlah. Gunakanlah segala tenaga dan kekuatan demi anak-anak. Itu sahaja harta yang sangat berharga selepas kita mati.
Kalau rasa down, luahlah pada Allah. Moga-moga dipinjamkan kekuatan untuk terus bertahan.
Selamat menyusukan! Syurga menanti kita insyaaallah.
Sumber - El Ameerah
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW