loading...

Tatkala Bersendirian Di Rumah, Dia Terakam Lembaga Misteri!

Semasa bersendirian di rumah, pernahkah anda didatangi atau diganggu tetamu misteri yang tidak diundang? Apa perasaan anda jika tetamu itu bukan ‘manusia’?

Di Ohio Amerika, seorang pemilik rumah mendakwa penjaga anjingnya terpaksa lari dari rumah setelah melihat ‘sesuatu’ di dalam video rakamannya. Dalam rakaman tersebut, dua ekor anjing berlari gembira merapatinya.

Apabila diamati ternyata kelihatan lembaga seperti manusia melintas dengan cepat di antara pintu dan lorong bahagian belakang dalam rumah.

Video itu dirakam oleh seorang gadis yang menjadi penjaga kepada anjing-anjing tersebut. Ia kemudian dikirim kepada tuan rumah untuk menunjukkan keadaan anjing-anjingnya.

Semasa rakaman dibuat, dia berseorangan dan langsung tidak perasan dengan keganjilan yang ada pada video itu.

Apabila tuan rumah menonton rakaman video itu, dia perasan kehadiran lembaga tersebut. Bimbang dengan keselamatan gadis itu, dia segera menghantar mesej yang berbunyi ‘Keluar dari rumah dan panggil 911.”

Sementara itu gadis berkenaan begitu yakin yang dia memang bersendirian ketika itu. Jadi kalau benar dia bersendirian, siapa lembaga yang terakam di dalam video itu? Sila tonton video di bawah dan anda nilaikan sendiri:

Comments

comments

Previous
Next Post »
loading...