Baru-baru ini industri telah dikecohkan dengan kontroversi beberapa selebriti yang dikatakan berkecil hati dengan pengacara Festival Filem Malaysia ke-29. Memahami dengan situasi tersebut, Nabil Ahmad beranikan diri untuk bersuara tentang isu berkenaan.
BACA: Peminat Fattah Amin Serang Nabil Ahmad
Nabil yang berpengalaman dalam mengacarakan majlis memberitahu, dia lebih selesa jika mengendalikan majlis lain berbanding yang melibatkan selebriti.
Melalui sebuah portal hiburan, Nabil bersuara ada segelintir di antara mereka langsung tidak memberi sokongan yang penuh pada rakan selebriti yang lain. Jangan kata sorak, tepuk tangan juga tidak mahu.
Malah Nabil turut menambah, kebanyakan selebriti cepat terasa dan ada segelintir di antara mereka pula perasan bagus bila di sesebuah majlis.
“Saya dah kendali banyak majlis tapi lebih suka mengacara di majlis sekolah, universiti, kilang atau korporat berbanding sesuatu melibatkan artis. Sebabnya kebanyakkan artis cepat terasa. Ada segelintir yang ingat mereka bagus bila duduk di bawah itu”
“Mereka tidak memberi sokongan penuh kepada rakan yang berada di hadapan. Artis-artis Malaysia ini malas nak tepuk tangan dan sorak pun tak nak. Kenapa nak mengangkat diri lebih daripada orang lain”
“Saya dah biasa kena kecam. Saya tak ada masalah. Apa yang saya cakap ini adalah benda yang betul. Sudah banyak kali jadi pengacara untuk majlis pelancaran, bila ada artis lain tengoklah macam mana sikap mereka,” jawabnya pada media.
Ada benarnya kata Nabil, setiap pengacara yang mengendalikan sesebuah majlis ditugaskan untuk menghiburkan orang ramai.
Selebriti tidak seharusnya cepat terasa dengan apa yang diperkatakan oleh pengacara. Kerana kadang-kala mereka hanya sekadar mengusik dan ingin berjenaka.
Apapun semoga teguran Nabil ini dapat membuka mata rakan-rakan selebriti yang lain dan masing-masing dapat memperbaiki segala kelemahan. (rtky/l)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW