Sekumpulan ahli arkeologi menemui sebuah Bandar yang hilang lebih 2,000 tahun yang lalu menggunakan fotografi drone dan imej risikan.
Qalatga Darband dipercayai diasas dan dibuka pada tahun 331 Sebelum Masehi oleh Iskandar Zulkarnaen, telah dijumpai oleh pasukan arkeologi Iraq dan British yang diketuai oleh pakar dari Muzeum British.
Tapak tersebut mula menarik perhatian para ahli arkeologi yang melihat gambar yang diambil dari satelit oleh CIA pada tahun 1960an. Ia menunjukkan runtuhan kota berkenaan.
Dr MacGinnis yang mengetuai kerja lapangan di tapak ini bersama dengan rakan-rakannya telah menggunakan drone untuk mengenalpasti garis bangunan-bangunan besar yang tersembunyi dalam tapak sejak berabad lamanya.
Syiling-syiling Greek, patung dewa Greco-Roman juga turut ditemui di tapak Iraq Kurdistan.
Kakitangan dari Muzium British telah melatih pakar warisan Iraq dalam skim yang dibiayai oleh kerajaan yang direka untuk membantu para ahli arkeologi melindungi tapak penting sejarah di kawasan-kawasan di Timur Tengah yang telah terjejas teruk oleh konflik.
Program Latihan Pengurusan Kecemasan Warisan telah melatih pekerja dengan teknik lanjutan termasuk system kedudukan global, pengimejan satelit dan geofizik.
Perkhidmatan warisan Iraq terjejas teruk akibat kekacauan semasa serangan Amerika ke atas Iraq pada tahun 2003. Kemudian kemunculan ISIS menambah kerosakan terhadap khazanah warisan Iraq. Antaranya bandar purba Assyrian Niveneh dan Kuil Baalshamin di Palmyra.
Comments
comments