Sumber foto asal: http://ift.tt/1lp0NUR
Pelakon Sharnaaz Ahmad didenda sebanyak RM1,200 selepas mengaku bersalah atas tuduhan menumbuk seorang lelaki warganegara Bangladesh di sebuah kelab golf di Kuala Lumpur.
Pemilik nama sebenar Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad (32 tahun) mengaku menumbuk Gous Ali di bahagian muka di Tingkat 1, TPC KL, Kelab Desa & Golf Kuala Lumpur di mana mangsa bekerja.
Kejadian berlaku sekitar pukul 5.30 petang pada 22 Julai yang lalu.
Pelakon itu didakwa mengikut Seksyen
Peguam Zulkifli Awang membuat rayuan agar hukuman ringan dapat diberikan kerana Sharnaaz telah insaf dengan perbuatannya itu.
Namun, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman sebagai pengajaran kepada tertuduh.
Majistret Mahyudin Mohmad Som mengenakan denda berjumlah RM1,200 yang kemudiannya dibayar oleh Sharnaaz.
Suami kepada Noor Nabila iaitu kakak kepada selebriti Neelofa itu hadir berseorangan ke mahkamah. Dia dilihat berada dalam keadaan tenang ketika pertuduhan dibacakan.
Sumber berita: mStar Online

#spyshot: Motosikal Advencer Bmw F 450 Gs Dikesan ...

Anwar Bangkitkan Isu Mh17 Semasa Bertemu Putin ...

Selangor Sultan Urges Tougher Action On Heavy Vehi ...

Aaron Aziz Tampil Membidas! Tak Habis-habis Ku ...